KUALA LUMPUR – Hujan lebat dan ribut petir di sekitar pusat bandar menyebabkan pokok tumbang di Lebuhraya Timur Barat (Taman Connaught) ke Cheras Sentral pada 4.30 petang tadi.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL) berkata, kejadian itu mengakibatkan lorong kiri terhalang, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

“Mohon bantuan @UNIT Kecemasan DBKL ke lokasi. Cuaca hujan lebat. Info lanjut: https://klccc.dbkl.gov.my/pokok-tumbang-25-12-2025-4-30,” kata KLCCC DBKL menerusi hantaran di Facebook.

Difahamkan, hujan mulai lebat di sekitar ibu kota sejak 4 petang tadi.-MalaysiaGazette


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast