SEBERANG PERAI – Sebuah kilang separa kekal di Lorong Perusahaan Perai 12 di sini dilaporkan terbakar, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.10 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi lapan minit kemudian.
“Kebakaran dilaporkan berlaku di ruangan terbuka tempat pembuangan sisa besi jenis cooling tower dengan anggaran keluasan kira-kira 50 x 50 kaki persegi.

“Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran ketika ini adalah sebanyak 90 peratus.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.27 petang,” katanya di sini.
Tanbah beliau, operasi pemadaman dan pengawalan kebakaran masih diteruskan dan belum ditamatkan setakat ini. – MalaysiaGazette
















