Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor sudah menyiasat penularan video yang mendakwa penjualan minyak masak paket pada harga RM3.50 di sebuah kedai di Ulu Tiram di sini.

Menurut KPDN Johor, sejurus video tersebut tular, pihak penguat kuasa KPDN Johor menggempur premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, dan tindakan penguatkuasaan sewajarnya telah diambil,” menurut KPDN.

KPDN meminta orang ramai supaya menyalurkan sebarang aduan berkaitan isu harga, bekalan atau penyelewengan barangan kawalan melalui saluran aduan rasmi  bagi membolehkan tindakan segera diambil berbanding menularkannya dalam media sosial terlebih dahulu.

KPDN Johor juga memaklumkan pengguna boleh mendapatkan bekalan minyak masak paket di 55 POS yang merupakan pasar raya terpilih di seluruh daerah di Johor dengan menggunakan aplikasi eCOSS.

Aplikasi itu memastikan urus niaga yang lebih telus berkaitan minyak masak paket serta mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast