TOKYO – Seekor serigala terlepas di dalam kawasan sebuah zoo di barat Tokyo, menyebabkan para pengunjung melarikan diri ke tempat selamat dalam bangunan dan kawasan lain.
Tama Zoological Park yang terletak di Hino berkata, seorang penjaga zoo ternampak serigala tersebut di laluan awam selepas zoo dibuka pada jam 9.30 pagi.
Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan, lapor agensi berita Kyodo.
Serigala Eropah itu kemudiannya dikesan berada di kawasan semak di dalam taman berkenaan dan kakitangan zoo sedang berusaha untuk menangkapnya.
Pihak zoo memaklumkan di laman sesawangnya bahawa pengunjung tidak dibenarkan masuk buat sementara waktu atas sebab keselamatan.
Taman Zoologi Tama, yang dibuka pada tahun 1958, menempatkan kira-kira 260 spesies haiwan dari dalam dan luar negara, menurut laman sesawang rasmi zoo tersebut. – Agensi
















