KUALA LUMPUR – Efferty International Sdn. Bhd. (Efferty) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama nutrisi kesuburan yang dipercayai di negara ini dengan pengenalan produk baharu iaitu Effertwin Taro.
Ketua pegawai eksekutifnya, Dr. Raihana Ismail berkata, produk yang diformulasi oleh D‑Chiro Inositol itu kini boleh didapati di lebih 120 cawangan Watsons di seluruh Malaysia.
“Effertty terus komited dalam menyokong pasangan Trying To Conceive (TTC) iaitu istilah yang merujuk kepada pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi atau melalui sokongan perancangan kesuburan selepas tempoh tertentu perkahwinan di Malaysia.
“Pelancaran produk baharu ini ini bukan sekadar memperkenalkan produk tetapi mencerminkan misi jangka panjang jenama untuk menjadi rakan perjalanan yang dipercayai oleh pasangan TTC.
“Kehadiran Effertwin Taro di lebih 120 cawangan Watsons merupakan langkah strategik bagi memastikan lebih ramai pasangan di Malaysia mempunyai akses mudah kepada produk kesuburan yang berkualiti dan berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raihana menambah, menerusi pelancaran Brand Showcase Products 2026 itu, Efferty mengukuhkan komitmennya untuk terus berinovasi dan memperluaskan sokongan kepada komuniti TTC selari dengan aspirasi jenama untuk membantu lebih ramai keluarga merealisasikan impian memiliki zuriat
Ini kerana katanya, selain Effertwin Taro, Efferty turut memperkenalkan rangkaian produk sokongan lain sebagai pelengkap ekosistem kesuburan, termasuk Efferty Cappuccino, QudaX, EvaQ10 serta D‑Chiro Inositol Cinnamon.
Rangkaian tersebut direka untuk menyokong keperluan nutrisi lelaki dan wanita secara menyeluruh,
“Kami memiliki ramai testimoni daripada pengguna Efferty yang telah berjaya menimang cahaya mata selepas penantian yang panjang, ada yang mencecah lapan hingga sembilan tahun.
“Kisah-kisah inspirasi ini menjadi bukti sokongan berterusan Efferty terhadap komuniti TTC bukan sekadar melalui produk, malah melalui pendidikan, kesedaran dan sokongan emosi,” katanya. – MalaysiaGazette
















