Barang peribadi Dr Fie dihantar ke rumah ibu bapanya.

KUALA LUMPUR – Bekas isteri Nubhan berang selepas mendapati barang peribadinya dikeluarkan dari rumah yang didiami bersama anak-anak tanpa sebarang makluman awal.

Menerusi hantaran di Threads, Dr Fie atau Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menyifatkan bekas suaminya itu kejam kerana bertindak sedemikian.

“Kita di luar negara. Habis diangkut barang-barang saya keluar dari rumah yang saya duduk sekarang dengan anak-anak. Tanpa bertahu saya! Kejam kamu Nubhan Ahamad!,” tegasnya.

Malah, Dr Fie turut mendakwa barang-barangnya dicampakkan di hadapan kediaman ibunya.

“Kesian kat ibu bapa Fie. Balik balik tengok barang anak dia semua kat rumah dia xde pemakluman awal. Sorry ibu ayah. Along tak sangka dia buat mcm ni bu…. dulu ibu kutip baju-baju along dia tinggal depan rumah ibu. Hari ni dia buat lagi,” katanya.

Selain itu, wanita tersebut turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila aset-aset yang pernah dipaparkan di media sosial didakwa bukan miliknya.

Katanya, semua aset tersebut adalah atas nama bekas suami iaitu Nubhan Ahmad dan hanya digunakan sebagai kandungan media sosial.

“Rumah nama kau! Kereta nama kau! Macam tu je kau buang aku! Tanpa belas kasihan.

Rumah tangga Nubhan Ahmad dan Fie selama hampir 10 tahun musnah selepas kedua-duanya bercerai.

Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember 2025 selepas lafaz kedua oleh Nubhan pada 26 Ogos 2025.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast