Seorang individu yang didakwa atas pertuduhan dibawah seksyen 14(a) Akta kesalahan - kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 (kes amang seksual pelajar SRA di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 31 DISEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Seorang guru sebuah sekolah rendah agama mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki antara April 2024 dan November lalu.

Kumpul, 40, yang merupakan warga Indonesia didakwa melakukan perbuatan itu di Wangsa Maju di sini mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan minimum dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Pervinah Mohamad Yusof tidak menawarkan jaminan kerana semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tidak sama dengan tertuduh, dan terdapat risiko untuknya melarikan diri selain memohon tarikh lain untuk memaklumkan fakta kes serta hukuman.

Hakim Noridah Adam tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam dan diikat jamin.

Beliau turut menetapkan 5 dan 21 Januari depan untuk fakta kes serta hukuman. – MalaysiaGazette

Seorang individu yang didakwa atas pertuduhan dibawah seksyen 14(a) Akta kesalahan – kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 (kes amang seksual pelajar SRA di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 31 DISEMBER 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast