Di sebalik ketakutan dan kekeliruan yang dihadapi pesakit serta keluarga, penjagaan paliatif menjadi talian hayat yang memberi jaminan bahawa mereka tidak berjuang sendirian. Ia bukan sekadar rawatan, tetapi sokongan menyeluruh yang memberi keselesaan, bimbingan dan kaunseling untuk membantu pesakit serta ahli keluarga mengharungi fasa hidup yang mencabar.
Melalui laporan khas “Paliatif: Harapan Di Saat Paling Rapuh”, MalaysiaGazette merakam suara keluarga yang membuktikan bahawa paliatif bukan penamat kehidupan, sebaliknya ruang untuk bernafas, memahami dan meneruskan hari demi hari walaupun dalam keadaan paling sukar.
#malaysiagazette #paliatif #rawatanpaliatif















