KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng membuat komitmen bagi tahun baharu 2026 yang mana tiada bayi di kawasannya akan tidur dalam keadaan berlapar.
Menurutnya, mana-mana keluarga di Parlimen Kepong yang memerlukan susu formula untuk bayi mereka akan dibantu secara percuma.
“Tak sepatutnya ada bayi tidur dalam kelaparan.
“Ini bukan slogan. Ini amanah dan kita mula sekarang!” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang memerlukan bantuan itu menghubungi talian 011-2770 1218. – MalaysiaGazette
















