Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Budak lelaki berusia empat tahun maut manakala bapa, adik dan seorang lagi pembonceng parah selepas motosikal yang mereka naiki kemalangan dengan sebuah pikap di Jalan Kampung Tampi-Tampi, di Semporna, Sabah, semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 petang, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggang bapanya melanggar pikap berkenaan yang sedang membelok kanan di simpang jalan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap Wah, berkata kemalangan membabitkan pikap dipandu seorang wanita berusia 20 tahun dan sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 35 tahun bersama tiga pembonceng.

Bapa mangsa, pembonceng lelaki dewasa berusia 28 tahun serta adik mangsa berusia tiga tahun cedera parah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa melanggar pikap yang sedang membelok ke kanan di simpang jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang ada maklumat boleh hubungi 012-365 0021 untuk membantu siasatan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast