KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) bagi negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa dari 5 sehingga 8 Januari 2026.
Manakala bagi negeri Pahang berkuat kuasa daripada 6 sehingga 8 Januari 2026.
Amaran itu dikeluarkan berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berterusan sehingga 8 Januari 2026.
Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur dan utara Semenanjung mulai 5 hingga 8 Januari 2026 serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.
Tambahnya, amaran angin kencang dan laut bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 6 Januari 2026 bagi Laut China Selatan termasuk perairan barat Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. – MalaysiaGazette
















