Setiausaha Agung Parti Amanah Negara, Muhammad Faiz Fadzil.

KUALA LUMPUR – Polemik perpecahan Perikatan Nasional (PN) semakin meruncing apabila Pas masih berteka-teki siapakah calon Pengerusi PN menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, teka-teki ini ibarat program realiti televisyen ‘Akedemi Fantasia’ yang dahulunya ditunggu-tunggu penonton setiap minggu untuk melihat siapa bakal terkeluar.

Sedangkan, dalam keadaan biasa, presıden parti yang akan mengetuai sesuatu pakatan dan seterusnya dinamakan calon Perdana Menterı (PM), menunjukkan betapa lemahnya Pas.

Menurutnya, walaupun begitu ramaı calon yang boleh menjadi PM sehingga ‘4 lori’ sepertimana madah Mursyidul Am Pas 3 bulan yang lalu, tetapi sampai sekarang, Pas masih tercari-cari di dalam kegelapan.

Namun, hakikatnya, Pas hanyalah jaguh kampung yang dilihat hebat dalam parti sendiri sahaja, tetapi gagal untuk memimpin sebuah pakatan, apatah lagi untuk diangkat sebagai calon perdana menteri (PM)

Muhammad Faiz menambah, dalam struktur pentadbiran negara, adalah penting ketua parti mengetuai sesuatu pakatan dan kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik.

“Contohnya ketika Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM pada ketika beliau bukanlah seorang presiden parti dan presiden parti pada ketika itu tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan, kerajaan pimpinan beliau rapuh dan tidak stabil.

“Namun, jika dilihat kepada kerajaan Perpaduan sekarang, ia jauh lebih stabil apabila Presiden UMNO sendiri iaitu Dato’ Seri Zahid Hamidi terlibat dalam jemaah menteri sebagai TPM. Oleh itu, kegagalan Pas untuk menamakan Presiden Pas sebagai Pengerusi PN akan menyebabkan ketidakstabilan PN, dan ia bukan petunjuk baik untuk dipilih sebagai kerajaan dalam pilihanraya umum nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Faiz berkata, beliau sangat menghormati Presiden Pas dan sehingga sekarang tidak nampak potensi lain untuk menjadi presiden pati itu.

Ini adalah kerana Pas mendakwa perjuangan meraka adalah menegakkan Islam, maka kepimpinan ulama perlu diteruskan tetapi, Pas tiada tokoh ulama sehebat Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ujar beliau,walaupun pindaan Akta 355 sudah dilupakan Pas, namun ia idea beliau yang dilihat mencerminkan perjuangan Islam.

“Apabila Pas meminggirkan presiden bertaraf ulama ini, maka tiada erti lagi perjuangan Islam yang mampu dibawa Pas,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast