KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab Thailand, Ratchaburi FC secara pinjaman.
Pemain sayap Sabah FC itu mengisi kuota ASEAN bagi menggantikan Jeremy Corinus yang meninggalkan kelab yang kini 11 mata dibezakan berbanding pendahulu, Buriram United dalam Liga Thai.
Daniel pernah beraksi selama tiga musim di Borneo tanah air dengan beberapa pencapaian termasuk membantu skuad Sang Badak beraksi cemerlang di pentas Piala AFC 2023 selain melangkah ke perlawanan akhir Piala FA musim ini.
Dia kini mencuba nasib bersama Ratchaburi FC yang merupakan antara pasukan terbaik di Thailand selepas Safawi Rasid pernah beraksi di kelab itu.
Sebelum ini, bekas bek Selangor FC, Kevin Deeromram turut memilih untuk ke Ratchaburi di mana keputusan tersebut tidak mengejutkan memandangkan bek kiri itu pernah beraksi di kelab berkenaan selama semusim pada 2017.
Selain Liga Thai, Ratchaburi FC turut beraksi di suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two. – MalaysiaGazette
















