KUALA LUMPUR – Puteri Sarah Liyana berkongsi permulaan baharu dalam hidupnya bagi tahun 2026 dengan menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Ibu tunggal dua anak itu memberitahu, ia menjadi satu permulaan baharu buat dirinya selepas memulakan kuliah bagi pengambilan baharu bulan ini di Innovative University College.
“Permulaan terbaik untuk tahun 2026 buat saya. Kita jadi pelajar semula. Doakan saya semoga berjaya dalam pengajian sarjana,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya hari ini.
Puteri Sarah turut memberitahu mendapat inspirasi untuk melanjutkan pengajian di mana salah seorang sahabatnya ialah aktres, Janna Nick yang kini sedang menyambung pengajian di United Kingdom.
Tambahnya, semangat yang ditunjukkan oleh Janna yang membuatkan dia berasa teruja untuk mengikut jejak langkah sama. – MalaysiaGazette
















