Gambar tular

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut selepas ditembak di sebuah restoran makanan segera di Banting, Kuala Langat dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.05 malam.

“Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerima maklumat daripada MERS 999 mengenai satu kejadian tembakan di sebuah restoran di kawasan Banting yang melibatkan kematian seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan beberapa kelongsong peluru kelihatan bertaburan di lantai restoran berkenaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast