Logo, bendera Parti Warisan

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) meletakkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.

Bekas wakil rakyat Umno itu akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Naim Moktar Radin yang juga anak penyandang kerusi berkenaan, allahyarham Bung Moktar Radin.

Selain itu, Warisan turut mengumumkan Mazliwati Abdul Malik Chua sebagai calon yang bakal bertanding di kerusi DUN Lamag.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diisytiharkan kosong susulan kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu.

Naib Presiden Warisan, Darell Leiking, berkata keputusan parti itu bertanding pada PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan adalah demi tanggung jawab mereka terhadap rakyat.

Katanya, keputusan Warisan untuk bertanding pada PRK berkenaan bukanlah penafian terhadap sumbangan dan khidmat allahyarham di kawasan tersebut.

Ia juga tambah beliau bukan satu bentuk tidak hormat terhadap allahyarham atau keluarganya. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast