Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir perbicaraan kes saman RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mencemarkan reputasinya dengan menuduh beliau bersikap rasis serta mengkayakan diri dan ahli keluarganya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri ketika di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 OKTOBER 2025. (GAMBAR FAIL).

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dan isterinya mendoakan kesihatan dan kesembuhan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, Insya-Allah,” tulisnya di media sosial hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar pukul 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Suffi Yusoff.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada 13 Julai 2025 selepas menghadiri program Picnic & Potluck sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 dan isterinya ke-99 di Putrajaya. MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dr. Mahathir terjatuh, dirawat di IJN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast