Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, sekitar jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Suffi Yusoff, lapor Astro Awani.

“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.

Pada 13 Julai 2025, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN ekoran keletihan selepas menghadiri program Picnic & Potluck sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 dan isterinya ke-99 di Putrajaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast