Akmal Nasrullah Mohd Nasir

PUTRAJAYA – Penganjuran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2026 akan diteruskan sebagai sebahagian daripada kanvas pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Nasir.

Beliau berkata, forum dengan tema Accelerating Growth, Advancing Malaysia dijadualkan pada 5 Februari depan  dan dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk  Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, tema Accelerating Growth maksud usaha kementerian untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi seperti tingkatkan produktiviti, pelaburan, inovasi, peluang kerja, dan pendapatan.

Advancing Malaysia katanya pula membawa Malaysia ke tahap lebih maju dan bukan hanya kaya dari segi ekonomi tetapi juga lebih berdaya saing, mampan, terangkum dan kualiti hidup rakyat meningkat.

“Fokus FEM 2026 akan perbincangan strategik bagi mengenal pasti kaedah dalam melaksanakan program dan projek pembangunan sosioekonomi negara di bawah RMK13 serta membincangkan isu dan cabaran bagi mencapai pertumbuhan yang mampan dan inklusif.

“Fokus lain adalah pertumbuhan Ekonomi untuk mewujudkan platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik daripada penggubal dasar, pemain industri, pelabur dan ahli akademik tempatan dan antarabangsa serta membentuk naratif yang koheren berkaitan strategi pembangunan ekonomi.

“Libat Urus dan Dialog akan dipergiat dalam menjalin kerjasama dan kolaborasi melalui sesi dialog dan rangkaian niaga bagi membuka peluang perniagaan dan pasaran baharu,” katanya pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Kementerian Ekonomi Bulan Januari Tahun 2026 di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah memberitahu, kememterian juga sedang merancang gerak kerja dalam menganjurkan Persidangan KL20 pada 15 dan 16 Jun depan.

Jelas beliau, melalui KL20, Kuala Lumpur akan diposisikan di kedudukan 20 teratas dalam ekosistem syarikat pemula terbaik dunia membuat Rangka Tindakan dan Kertas Putih Penuaan Kebangsaan,

Kata beliau, ia merupakan panduan penting terhadap usaha penyediaan ke arah menjadi negara tua.

“Kementerian juga dalam perancanga menganjur Junior Innovathon dan Innovathon pada Jun dan September 2025 dengan versi baharu bagi melahirkan lebih ramai bakat dan produk inovasi negara.

“Selain itu,  Pelaksanaan Pelan Komunikasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) akan diadakan bagi memastikan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 difahami dengan jelas dan disampaikan secara konsisten oleh semua kementerian serta agensi di samping membina keyakinan dan sokongan rakyat terhadap pelaksanaannya.

“Manakala Pembangunan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas JohorSingapura (JS-SEZ) antaranya sebagai panduan kepada pelabut dan menyelaras pembangunan JS-SEZ secara jelas dan tersusun,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast