Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi pada mendapati, pasukan forensik polis sedang melakukan siasatan.

MELAKA – “Saya nampak pagi tadi beberapa anggota polis bersama anjing K9 (unit anjing pengesan polis) datang kutip dua kelongsong peluru di hadapan pusat hiburan dan restoran itu kira-kira 6 pagi tadi.

“Sekitar 4 pagi tadi, saya ada terdengar bunyi seperti dua das tembakan namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia gaduh biasa sahaja”.

Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi pada mendapati, pasukan forensik polis sedang melakukan siasatan.

Itu cerita dua saksi kejadia kes tembakan di sebuah pusat hiburan karaoke dan restoran di Melaka Raya di sini yang dipercayai berlaku sekitar 4 pagi tadi.

Menurut seorang pekerja pembersihan, dia dimaklumkan oleh pengawal keselamatan berhampiran sebelum itu berlaku pergaduhan membabitkan dua pengunjung pusat hiburan itu.

“Pergaduhan turut membabitkan cermin sebuah kereta Perodua Myvi pecah sebelum salah seorang mereka melepaskan dua das tembakan.

“Bagaimanapun tembakan dikatakan tidak mengenai sasaran sebelum pasukan polis tiba sekitar jam 6 pagi dan menjumpai kelongsong peluru,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di lokasi di sini hari ini.

Pergaduhan turut membabitkan cermin sebuah kereta Perodua Myvi pecah sebelum salah seorang mereka melepaskan dua das tembakan.

Seorang lagi pekerja hotel pula tidak menyangka bunyi kuat didengarinya itu rupanya tembakan dan hanya mengetahuinya kira-kira 7 pagi tadi.

“Pada awalnya ketika dengar bunyi seperti dua das tembakan sekitar 4 pagi tadi saya tak keluar kerana ingatkan ia kes gaduh biasa dan bunyi muzik pusat hiburan.

“Tapi tiba-tiba lihat polis mula menutup jalan ke pusat hiburan itu untuk melakukan siasatan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di lokasi pukul 9 pagi tadi mendapat, Perodua Myvi berkenaan masih berada di lokasi bersama beberapa anggota polis yang sedang melakukan siasatan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kesan darah ditemukan di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast