KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertopi kelendar merah diburu polis disyaki mencui sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC di kawasan Taman Suria Jaya, Kajang, Selangor yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 9.54 pagi kelmarin.
“Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular mendapati seorang lelaki memakai topi keledar merah dan bervisor hitam mencuri motosikal.
“Kita sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehububungan itu, beliau menasihati orang awam untuk menggunakan kunci tambahan bagi mengekang kejadian curi motosikal.
Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat kejadian ini boleh menghubungi pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222, atau penolong pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali ditalian 012-3429297. – MalaysiaGazette
















