Wan Sharmila sedang mempersiapkan diri untuk menjadi sebagai seorang mutawifah.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Wan Sharmila kongsi pengalaman ketika menjalani latihan praktikal pertama sebagai mutawifah dengan membawa jemaah-jemaah untuk mengerjakan ibadah umrah di Mekah, Arab Saudi.

Menerusi foto yang dimuat naik Instagram miliknya, wanita berusia 44 tahun itu merupakan satu-satunya petugas wanita membantu para jemaah dengan bimbingan ustaz dan mutawif lain.

“Tiada apa sebesarnya yang diharapkan melainkan Allah limpahkan keberkatan, redha-NYA, perlindungan dan segala yang terbaik untuk para jemaah dan tetamu Allah yang bersama saya.

“Sedikit gambar-gambar kenangan, momen yang terzahir untuk latihan praktikal pertama sebagai mutawifah saya beberapa hari di Mekah ni.

“Korang tolong doakan untuk saya tau. Saya doakan semua yang berhajat nak datang umrah semoga Allah jemput awak semua . Insya-Allah di masa yang tepat Allah jemput. Nak pergi dengan saya roger saya,” tulisnya di sini.

Sebelum ini, Wan Sharmila mencuri perhatian netizen apabila dia sedang mempersiapkan diri untuk menjadi sebagai seorang mutawifah selepas memiliki sijil-sijil kursus pengurusan haji dan umrah dua tahun lalu.

Katanya, dia perlu menjalani latihan selama lebih setahun memandangkan masih banyak perkara perlu dipelajari dan mendalami agama dengan lebih baik. – MalaysiaGazette

Foto IG Wan Sharmila.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast