KUANTAN – Jalan Teluk Ganchong-Lepar berhampiran Pondok Polis Bukit Kenau di Pekan ditutup bermula hari ini susulan berlaku mendapan dan runtuhan tanah di bahu jalan.
Dalam kenyataannya, Jabatan Kerja Raya Pahang berkata, hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan.
Jalan tersebut ditutup kepada kenderaan berat buat sementara waktu.
“Sehubungan itu, aliran trafik bagi kenderaan berat akan dilencongkan ke jalan alternatif iaitu Jalan FT12 Jalan Kuantan-Segamat dan FT82 Jalan Batu Balik-Pekan (berhampiran Paloh Hinai),” katanya.
Semua pengguna jalan raya adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi dan peka dengan papan tanda amaran yang disediakan. – MalaysiaGazette
















