KUALA LUMPUR – AirAsia X (AAX) menyambung semula penerbangan ke Busan sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang menawarkan penerbangan secara terus antara dua bandar utama tersebut.
Penerbangan dijadualkan pada 17 Jun 2026 dengan kekerapan empat kali seminggu.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, dengan laluan sedia ke Seoul, Busan kini mengukuhkan kehadiran AAX di Korea Selatan.
Busan merupakan bandar kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul adalah destinasi pesisir pantai yang meriah dan terkenal dengan pantai yang bersih, pergunungan yang indah serta warisan budaya yang kaya.
Pasar Ikan Jagalchi yang terkenal dan perkampungan berwarna-warni di lereng bukit hingga juadah makanan yang berkembang pesat serta Busan International Film Festival yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, bandar ini menawarkan pelbagai pengalaman untuk setiap pengembara
Bagi meraikan destinasi paling popular ini, AAX menawarkan tambang promosi antara Kuala Lumpur dan Busan bermula daripada RM299 termasuk semua sehala bagi kelas ekonomi atau RM999 termasuk semua sehala untuk Premium Flatbed.
Tawaran itu bermula hari ini sehingga 18 Januari 2026 bagi tempoh perjalanan antara 17 Jun hingga 30 November 2026. – MalaysiaGazette















