Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan berucap pada Majlis Amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 2026 di Auditorium Jakim, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 JANUARI 2026

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bakal memperkenalkan modul latihan komprehensif dan holistik khusus untuk badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi meningkatkan tahap pengurusan pertubuhan berkenaan.

Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti keperluan mendesak bagi memperkukuh keupayaan NGO Islam memandangkan mereka memikul amanah sumbangan orang ramai selain terdedah kepada risiko liabiliti jika tidak diuruskan dengan integriti.

“Cuma kali ini kita sudah berbincang untuk memastikan bahawa satu modul yang terbaik yang kompresif, holistik untuk kita bantu NGO-NGO Islam ini dengan persiapan pengetahuan, pengurusan kewangan, pentadbiran, tata kelola dan sebagainya.

“Keperluan (modul lebih komprehensif) amat mendesak. Justeru, pendekatan yang diambil adalah bersifat proaktif, bukan sekadar menjawab isu yang timbul, sebaliknya menyediakan penyelesaian awal kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 2026 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai hala tuju agensi agama, Zulkifli menegaskan pendekatan yang sekadar menjawab isu apabila ia timbul tidak lagi memadai.

Sehubungan itu, beliau menuntut perubahan sikap menyeluruh dalam kalangan warga agensi agama untuk beralih daripada budaya kerja reaktif kepada proaktif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast