Bangunan Bursa Malaysia Berhad di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing menamatkan trend jualan bersih selama empat minggu berturut-turut dengan mencatat aliran masuk bersih asing sebanyak RM42.5 juta minggu lalu.

Menurut MBSB Research, pelabur asing merupakan pembeli bersih pada dua daripada lima hari dagangan, dengan aliran masuk terbesar dicatatkan pada hari Jumaat (RM191.0 juta), diikuti hari Rabu (RM80.4 juta).

Aliran keluar terbesar direkodkan pada hari Selasa (-RM153.4 juta), diikuti hari Khamis (-RM55.7 juta) dan Isnin (-RM19.8 juta).

Tiga sektor utama yang mencatat aliran masuk bersih asing ialah produk & perkhidmatan perindustrian (RM206.7 juta), hartanah (RM69.0 juta) dan teknologi (RM63.0 juta).

Sementara itu, tiga sektor utama yang mencatat aliran keluar bersih asing ialah utiliti (-RM207.5 juta), prladangan (-RM123.5 juta) dan REITs (-RM30.2 juta).

Manakala pelabur institusi tempatan mencatat pembelian bersih untuk minggu kelapan berturut-turut, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM126.6 juta pada minggu lalu.

Sementara itu, pelabur runcit tempatan merupakan penjual bersih untuk minggu keenam berturut-turut, dengan aliran keluar bersih sebanyak -RM169.2 juta pada minggu lalu.

Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan secara menyeluruh: peruncit tempatan meningkat sebanyak +30.5%, institusi tempatan +36.7%, dan pelabur asing +67.3%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast