KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dalalam nahas membabitkan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, awal pagi tadi

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami pelbagai kecederaan di bahagian badan.

“Siasatan awal mendapati, sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 61 tahun bergerak keluar dari sebuah premis di jalan berkenaan.

“Ketika ingin membelok ke kanan untuk memasuki jalan utama, motosikal mangsa telah melanggar bahagian sebelah kanan loro dan menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pengguna jalan raya dinasihati supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor  Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496,” ujarnya.

Terdahulu tular rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang penunggang motosikal maut merempuh sebuah lori di hadapan sebuah kilang konkrit di Jalan Sungai Lalang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast