Logo Polis Diraja Malaysia

IPOH – Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Jalan Tanjung Seberang Kati, Kampung Cheh Hilir dekat Kuala Kangsar, malam tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.44 malam bagi meminta bantuan membuka pintu rumah berkenaan sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Setelah pintu berjaya dibuka, terdapat seorang mangsa, iaitu wanita berusia lingkungan 55 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian dapur dan disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 9.35 malam.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast