Pemandu yang berusia 59 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto Ihsan IPD Penampang

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh dua kereta yang diparkir di lot parkir Taman Suria Apartment, di Penampang, semalam.

Ketua Polis Daerah (IPD) Penampang, Sammy Newton, berkata siasatan awal mendapati pemandu dipercayai mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba ketika memandu, menyebabkan beliau gagal mengawal kenderaan.

“Pemandu yang berusia 59 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan tiada kecederaan fizikal dikesan akibat perlanggaran tersebut.

“Kes kematian diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR), manakala insiden kemalangan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itum pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu dengan berhati-hati, mengambil kira tahap kesihatan diri sebelum memulakan perjalanan, dan sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast