Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) yang direman bagi membantu melengkapkan siasatan kes tender perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dibebaskan pada Isnin lalu.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai tertinggi berusia 58 tahun itu telah dilepaskan pada jam 6.30 petang, 12 Januari.















