Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki beramah mesra bersama perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto SADIQ SANI, 15 JANUARI 2026

KUALA LUMPUR – Pandangan, teguran dan cadangan yang disuarakan dalam persidangan ketiga-tiga sayap UMNO hari ini mencerminkan keikhlasan untuk memperkukuhkan parti dan memperjuangkan rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata suasana persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri yang sudah bermula memperlihatkan perjuangan parti sentiasa segar dan kekal berakar kukuh.

“Wanita tampil dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi serta semangat yang kekal utuh, Pemuda menyerlah dengan keberanian dan daya tahan diri dalam mendepani cabaran, manakala Puteri membawa semangat segar serta idealisme yang menyuntik harapan masa depan.

“Inilah kekuatan UMNO gabungan pengalaman, tenaga dan aspirasi yang bergerak seiring demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat turun di media sosial, hari ini.

Terdahulu, Asyraf dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir di persidangan Pergerakan Puteri UMNO sebentar tadi.

Terdahulu, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 bermula selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan merasmikannya, malam tadi.

Antara yang kelihatan hadir hari ini di persidangan Pergerakan UMNO adalah Khairy Jamaluddin.

Kemunculan bekas Ketua Pemuda itu mencuri perhatian selepas selepas dipecat UMNO pada Januari 2023.

Turut hadir, seorang lagi bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast