Tiga mayat rentung ditemukan dalam sebuah kilang proses sisa minyak yang terbakar di Olak Lempit, Banting, hari ini. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Tiga mangsa rentung ditemukan semasa pihak bomba menjalankan proses ‘overhaul’ dalam operasi memadam kebakaran yang membabitkan beberapa kilang di kawasan perindustrian Kampung Olak Lempit, Banting Kuala Langat, pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat yang masih belum dikenal pasti jantina dan identiti itu ditemukan di sebuah kilang memproses sisa minyak.

Dalam pada itu,  Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmal Rizal Radzi yang mengesahkan kejadian itu berkata, kebakaran bermula dari sebuah kilang memproses minyak sekitar jam 10.05 malam semalam.

Menurut beliau, kilang tersebut tutup dan tidak beroperasi.

Kebakaran kemudiannya merebak ke kilang bersebelahan iaitu kilang memproses pembungkusan plastik yang masih beroperasi.

“Pada jam 9.40 pagi tadi, hasil pemeriksaan lanjut oleh pihak bomba di lokasi kejadian telah menemukan tiga mayat dalam keadaan rentung yang mana identiti dan jantina belum dapat dikenal pasti.

“Kesemua mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut polis, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast