Kredit JBPM Sarawak

KUCHING – Dua lelaki maut dihempap sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu semasa membaiki brek lori berkenaan dalam kejadian di Jalan Mambong, Siburan, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 2 petang.

“Kejadian berlaku apabila mereka (pemandu dan kelindan lori) sedang membaiki brek lori di kawasan jalan kuari sebelum dihempap dan tersepit di bawah lori.

“Tindakan mengeluarkan mangsa tersepit berjaya dijalankan, mangsa pertama dikeluarkan pada 4.55 petang, manakala mangsa kedua pada 5.04 petang,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa yang berusia 46 tahun dan 26 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.10 petang. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast