KUALA LUMPUR – Sultan Selangor telah menitahkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi mendoakan kesejahteraan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang akan menjalani rawatan pembedahan.
Titah baginda itu dikongsikan melalui hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini.
Sementara itu, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pula berkongsi rakaman majlis itu diadakan sebelum solat Jumaat.
Jabatan Perdana Menteri Brunei memaklumkan, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. – MalaysiaGazette
















