Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah da Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru seluruh umat Islam khususnya di negeri ini agar memperingati peristiwa Israk dan Mikraj yang jatuh pada hari ini.

Baginda berdua mengajak seluruh umat Islam untuk menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai peringatan yang mendalam akan kebesaran Allah SWT serta keutamaan solat sebagai asas pembentukan insan beriman.

“Peristiwa agung ini mengingatkan kita bahawa kekuatan rohani, keikhlasan ibadah dan keluhuran akhlak adalah tunjang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

“Melaluinya, umat Islam dituntut untuk terus memperteguh iman, memelihara perpaduan serta melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.

“Semoga sambutan Israk dan Mikraj ini menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih diredai Allah SWT, serta membawa keberkatan dan kesejahteraan berpanjangan kepada negeri Pahang Darul Makmur dan seluruh ummah,” titah baginda berdua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast