Suspek direman sehingga 23 Januari ini.

BALIK PULAU – Seorang peniaga lelaki direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan bawah umur sehingga hamil dalam kejadian di Bayan Lepas, tahun lalu.

Perintah reman sehingga 23 Januari ini dikeluarkan oleh Majistret, S. Janice Brenda bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek berusia 19 tahun itu ditahan polis di sebuah stesen minyak di Hulu Perak, semalam, sebelum dibawa ke mahkamah hari ini.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa membawa anak perempuannya yang berusia 15 tahun ke Hospital Balik Pulau pada Oktober lalu kerana remaja itu kelihatan keletihan dan tidak sihat.

Susulan pemeriksaan doktor mendapati mangsa yang sudah tidak bersekolah itu mengandung.

Difahamkan, mangsa dan suspek berkenalan pada Julai tahun lalu melalui aplikasi LeoMatch, sebelum mangsa didakwa dirogol kira-kira dua minggu selepas perkenalan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast