Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki mengakui UMNO menerima banyak permohonan daripada pihak ingin kembali bersama parti, namun menegaskan perkara itu akan ditentukan melalui kerangka digariskan oleh kepimpinan tertinggi.

“Saya boleh beritahu memang kita menerima ramai permohonan. Sebab itu kita tunggu resolusi daripada Perhimpunan Agung ini,” kata Setiausaha Agung UMNO itu ketika ditemui hari ini.

Disebabkan itu, katanya,  gagasan ‘Rumah Besar’ yang disebut Presiden UMNO bertujuan membuka ruang penyatuan yang lebih luas, selaras dengan realiti politik semasa.

Beliau berkata, pengalaman di Sabah menunjukkan UMNO tidak boleh berasa selesa dengan jumlah keahlian semata-mata walaupun masih memperoleh sokongan undi yang tinggi.

Asyraf menegaskan, UMNO merupakan parti sederhana dan progresif yang mempunyai pengalaman mengurus kepelbagaian kaum dan agama secara tertib dan berhemah.

“Sejak pembentukan negara, UMNO memahami bahawa negara ini bukan hanya milik satu kaum atau satu agama,” katanya.

Beliau berkata, pengukuhan UMNO bertujuan memastikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat dan mampu menambah kerusi dalam pilihan raya akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast