KOTA BHARU – Polis Kelantan akan meneruskan operasi perobohan 71 lagi jeti pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula hujung minggu depan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, jumlah jeti berkenaan merupakan 96 jeti berstruktur (bertangga).
Sebelum ini, katanya, lebih 200 pangkapan haram di sempadan Kelantan.
“Kita sudah robohkan 25 jeti hingga Disember lalu, ada baki 71 lagi yang akan dirobohkan selama dua minggu,” katanya pada sidang media hari ini.
Kebanyakan jeti-jeti berkenaan dibangunkan di atas tanah-tanah kerajaan.
Mohd Yusoff berkata, operasi perobohan itu akan dibuat dari laut.
“Kalau dari darat, sempit,” ujarnya. – MalaysiaGazette















