Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KOTA TINGGI – Mayat wanita dengan kesan kecederaan pada bahagian paha kanan ditemukan di pantai berhampiran Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan wanita terdampar dipercayai lemas di kawasan berkenaan pada kira-kira 10.40 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian paha kanannya. Identiti mangsa masih dalam proses pengesahan dan punca kematian sedang disiasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat akan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat pada 9 pagi esok,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Yusof meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga supaya menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizi Said di talian 017-925 2768 atau mana-mana balai polis berdekatan atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di 07-8831 222. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast