@malaysiagazette Tiga maut termasuk dua kanak-kanak dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Sungai Kob, Kulim, Kedah petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 5.09 petang. Katanya, setiba di tempat kejadian, pasukannya mendapati kemalangan melibatkan Perodua Viva dan sebuah Proton S70 yang dipercayai bertembung. malaysiagazette Kredit : Orang Awam
KUALA LUMPUR – Tiga maut termasuk dua kanak-kanak dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Sungai Kob, Kulim, Kedah petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 5.09 petang.
Katanya, setiba di tempat kejadian, pasukannya mendapati kemalangan melibatkan Perodua Viva dan sebuah Proton S70 yang dipercayai bertembung.
Katanya, dua kanak-kanak lelaki di bahagian penumpang Perodua Viva tidak sedarkan diri dan dikeluarkan dengan bantuan orang awam manakala pemandunya tersepit.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Menurut Azmir, kereta Proton S70 pula dilaporkan terbakar di tempat kejadian namun pemandunya sempat menyelamatkan diri.
Mangsa yang merupakan seorang lelaki mengalami cedera ringan sebelum dibawa ke Hospital Kulim.
Kereta yang terbakar dipadamkan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulim.
Tambahnya, operasi tamat jam 6.16 petang. -MalaysiaGazette















