Tangkap layar video tular

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertahankan tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan khas petak penghantar makanan dan di atas siar kaki di hadapan Suria KLCC, Jumaat lalu.

Jelasnya, lokasi penguatkuasaan tersebut berada kira-kira 700 meter dari Masjid As-Syakirin, KLCC dan bukannya kawasan parkir khas jemaah solat Jumaat seperti yang ditularkan menerusi satu rakaman video di media sosial.

“Justeru, dakwaan bahawa tindakan saman dikenakan secara langsung kerana kenderaan ditinggalkan untuk menunaikan solat Jumaat adalah tidak tepat dan mengelirukan.

“Semasa tindakan dijalankan, seorang individu lelaki yang mengaku sebagai anggota sebuah agensi (namun tidak dapat dipastikan kesahihannya) telah bertindak menghalang serta membuat provokasi terhadap petugas DBKL sehingga mencetuskan pertikaian lisan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun menurut DBKL, situasi tersebut berakhir tanpa sebarang kecederaan dan anggota penguatkuasa telah menjalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan.

Katanya, DBKL memahami keperluan dan sensitiviti masyarakat dalam melaksanakan aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain.

Sehubungan itu katanya, dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, DBKL sentiasa mengamalkan pendekatan berhemah serta penggunaan budibicara yang wajar, selagi ia tidak menjejaskan keselamatan awam, kelancaran lalu lintas dan kepentingan pengguna lain. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

10 Komen

  1. maaf cakap..roda dua sentiasa membawa masalah kepada pengguna lain..masuk no entry, menentang arus, tidak memakai topi keledar adalah lumrah..bila ditegur akan ada provokasi balas..Amat menyokong tindakan DBKL sebagai mendisiplin mereka

    • maaf ckp kenderaan 4 roda selalu masuk simpang tak bgi signal lagi byk kes langgar lari, sehingga ragut nyawa.Kebanyakan kes melibatkan 4 roda meragut nyawa……sekian rempit otak x kosong

    • jauh sangat tajuk tu bg… orang nak solat tu bg.. bukan merempit.. kalau kita tak susah nak beribadah jangn susahkan orang beribadah..api neraka bukan macam api dapur rumah abg.maaf cakap

    • Wow…
      Kelihatan begitu benci kepada roda 2
      Nasib baik lumrah kami hanya tidak memakai helmet ..

  2. saya lalu di jalan raya depan kuil hindu batu cave pada awal tahun baru 2026.
    jalan jem gila sebab kenderaan parking diatas jalan raya. trafic light pun jadi tempat parking. nak pergi ke station kereta api berhampiran pun tak boleh sebab kenderaan tsk bergerak… yg pasti tak nampak seorang pun penguatkuasa di tempat kejadian….kenapa

  3. Terbaik DBKL. Teruskan kerja yang baik ini. Tabiat yang parking ikut suka ni dah berleluasa di Ibu Kota. Sebaiknya diangkut terus ke stor DBKL. Takat saman tu tak berkudis pun mereka

  4. semua agama bila buat sembayang besa besaran memang menyalahi undang2 sebab parking tepi jln baik motor maupun motorsikal. put perlu memberi kelongaran di situ.kalau ikutkan thaipusam kami penduduk sini hampir seminggu mengadapi jem yg teruk sebab keta parking double parking ni traffic benarkan atas timbangrasa perayaan cina Baker patung di srigombak seminggu di tutup parking away amat menyusakan penduduk tapi kita tolak ansur sebab apa sembayang jumaat mesti di Samantha beratus motor nk parking mn untuk jumaat.kita ada undang2 tapi gunakan dgn berhemah dan bijak sana sy pasti yg Samantha tu pun mesti berugama Islam.di mn timbangrasa awak.depan tabung hj setiap jumaat org parking tepi jln rata2 semua salah di sisi undang2 tapi ada kelongaran untuk solat jumaat.dbkl jgn guna kuasa tampa guna otak.gunakan kuasa dgn bijak sana.satu lg peg atasan turun padang tenyok anak buah jlnkan tugas jgn duduk opis je sekian

  5. DBKL ni sejak azali lagi bodoh…rata2 lbh bnyk yg bodoh dari yg cerdik baik pegawai mahupun anggota…semuanya lbh bodoh dari cerdik..bodoh baik dari percakapan mahupun tindakan…semakin bnyk dh agensi2 yg korup sbb dh terlalu lama berkuasa…tk ada sistem yg dibuat agar mana2 agensi tk bolot dan berkuasa terlalu lama..perlu tukar2 agar tidak menjadi benak kepada negara mahupun bangsa

Comments are closed.