Oplus_16908288

ISKANDAR PUTERI – Dua suspek kes ragut diberkas dan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kedua-dua suspek sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes ragut di Kangkar Pulai.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan pada pukul 6 pagi di Taman Universiti di sini pada 13 Januari lalu.

“Kedua-dua lelaki ditahan itu masing-masing berusia 36 dan 43 tahun. Hasil semakan mendapati mereka memiliki rekod jenayah dan dadah.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah. Susulan tangkapan itu, polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha dan telefon bimbit,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Menurutnya, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kedua-dua suspek masing-masing ditawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Februari depan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast