Jenazah Allahyarham Nadiah dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah, Arab Saudi pada jam 7.35 pagi, waktu tempatan.

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarhamah Nadiah Kasumawati, yang telah meninggal dunia pada 15 Januari 2026, telah selamat
dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah, Arab Saudi pada jam 7.35 pagi, waktu tempatan.

Pengebumian Allahyarhamah dihadiri suami dan anak perempuannya.

Kementerian Luar Negeri berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di
Jeddah, telah bekerjasama rapat dengan waris terdekat serta pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan dan menyelaras semua urusan berkaitan pengebumian dan pengkebumian.

Menerusi kenyataanya, Kementerian Luar Negeri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Kerajaan Arab Saudi, Hospital King Fahd dan agensi-agensi berkaitan yang lain, atas bantuan yang diberikan dalam hal ini.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Facebook, suami Allahyarhamah, Muhammad Kamarul Kabilan berkata, jenazah isterinya disolatkan di Masjid Althaniyan selepas subuh.

Menurut Muhammad, kira-kira 500 orang jemaah menyertai solat jenazah isterinya.

Muhammad Kamarul mengakui masih diselubungi kesedihan tetapi reda dengan pemergian Nadiah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast