SPRM hakim
Logo SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap IJM Corporation Bhd berhubung dakwaan skim pengubahan wang haram mencecah RM2.5 bilion.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki.

“Bahagian Komunikasi Strategik SPRM mengesahkan satu siasatan sedang dijalankan ke atas IJM. Maklumat lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut sumber kepada New Straits Times, seorang anggota pengurusan tertinggi syarikat itu yang bergelar Tan Sri serta seorang penasihat syarikat dikenal pasti sebagai individu berkepentingan dalam kes berkenaan.

Menurut sumber itu, pegawai penyiasat sedang mengumpul maklumat lanjut berkaitan dakwaan berkenaan sebelum satu siasatan rasmi dibuka. Difahamkan, kedua-dua individu berkenaan dipercayai berada di luar negara ketika ini.

Sumber turut mendedahkan Serious Fraud Office United Kingdom melancarkan siasatan berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah yang dikaitkan dengan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit membabitkan kedua-dua eksekutif syarikat berkenaan.

Selain itu, sumber memaklumkan SPRM turut meneliti dakwaan lain berkaitan manipulasi harga saham. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Perdasama gesa PM halang cadangan pengambilalihan IJM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast