Mayat mangsa jatuh jambatan ditemui terapung di dalam sebatang sungai di Jalan Titi Timbul, Pulau Pinang hari ini.

NIBONG TEBAL – Mayat seorang lelaki ditemui  terapung di dalam sebatang sungai di Jalan Titi Timbul di sini hari ini.

Lelaki warga asing itu dikatakan terjatuh dari sebuah jambatan sebelum ditemui oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.23 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan daripada pihak polis bagi mendapatkan bantuan untuk mengambil mayat yang ditemui di sungai berkenaan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati terdapat satu mayat lelaki terapung di dalam sungai seperti dilaporkan.

“PKO kemudian menjalankan kerja-kerja mengambil mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.42 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast