KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang pegawai Unit VAT 69 Komando telah meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pegawai berkenaan telah diberikan bantuan kecemasan an rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

Namun beliau disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan, katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, PDRM kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk penilaian terhadap prosedur latihan, penggunaan peralatan serta factor kesihatan dan keselamatan selaras dengan peraturan dan tatacara operasi standard yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast