Seorang lelaki bergelar Tan Sri direman SPRM bagi membantu siasatan penipuan pelaburan mencecah kira-kira RM300 juta. - Foto: Sumber SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang individu bergelar Tan Sri bagi membantu siasatan kes penipuan pelabur dipercayai membabitkan nilai kira-kira RM300 juta.

Menurut sumber SPRM, perintah reman selama empat hari sehingga 25 Januari ini terhadap suspek lelaki berusia 60-an itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Terdahulu, lelaki berkenaan yang juga bekas pengarah sebuah syarikat ditahan kira-kira pukul 7.15 malam semalam kerana disyaki terlibat dalam salah guna dana pelaburan berjumlah RM6 juta.

“SPRM tidak menolak kemungkinan nilai dana yang diseleweng boleh mencecah ratusan jutaan ringgit. Dana tersebut telah diseleweng tanpa pengetahuan pelabur yang mana pelaburan tersebut sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan  penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast