Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan atau Backbenchers Club (BBC) yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

MalaysiaGazette difahamkan, pelantikan itu dibuat dengan pengesahan dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, yang kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi.

BBC atau Backbenchers Club merujuk kepada kumpulan Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak memegang jawatan dalam Kabinet dan berperanan sebagai platform penyelarasan pandangan serta isu melibatkan Ahli Parlimen kerajaan.

Dr Zaliha sebelum ini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Wilayah Persekutuan) sebelum digugurkan pada rombakan kabinet Disember tahun lalu.

Zaliha digantikan Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast