Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah menjelaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak sejak awal percaya wang yang diterimanya, termasuk RM42 juta, merupakan derma daripada pihak Arab Saudi dan bukan daripada sumber lain.
Menurut beliau, kepercayaan itu kekal sehingga kini walaupun wujud keputusan mahkamah berkaitan kes SRC, sambil menegaskan Najib tidak pernah mengabaikan apa yang dipercayainya sebagai derma tersebut. Shafee turut mendakwa terdapat laporan media yang tidak tepat berhubung perkara berkenaan dan memohon campur tangan mahkamah.















