Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan sebuah lori lalu terjatuh di Bulatan Berkeley, Klang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao A/L Samachulu berkata, kejadian berlaku lebih kurang 7.30 pagi.

Nahas berlaku apabila penunggang motosikal yang datang dari arah Jalan Batu Tiga Lama memasuki Bulatan Berkeley untuk menghala ke Shah Alam telah bergesel dengan lori di lokasi kejadian.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan raya dan terseret ke bahagian bawah tengah lori.

Pemandu lori cuba brek namun tidak sempat lalu mengheret motosikal dan penunggangnya menyebabkan mangsa berusia 26 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, pemandu lori yang berusia 47 tahun telah membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Vijaya berkata, hasil ujian air kencing terhadap pemandu lori didapati negatif dadah dan dia tidak mempunyai rekod saman lampau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Kishen Raj A/l Rajan di talian 011-26249291 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast